Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

30 March 2010

Din Beramboi dalam keadaan kritikal

tadi baru je dapat baca statu kawan kat FB yang bagitau Din Beramboi sekarang di dalam keadaan kritikal. walaupun tak berapa pasti, tapi saya inigin ucapkan semoga Din Beramboi akan pulih ataupun sekurang-kurangnya melepasi tahap kritikal.

dalam status kawan saya, Din Beramboi jadi sakit sebab terkena air kencing tikus?is that?memang saya tak berapa pasti. if ade anything info terbaru,akan saya update.

tapi,kalau benar ianya disebabkan perkara ini,saya sangat terkejut. Allah Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa. Kalau Allah tetapkan untuk berlaku,pasti berlaku..

Doakan Din Beramboi sembuh ya semua...

BLOGGERS: HATI-HATI SEMASA MENAIP

Selamat pagi semua...Assalamualaikum...tengah mood rajin taip pagi-pagi ni. tadi semangat bukak laman web untuk IPTA tu. nak semak permohonan adik da diterima oleh sistem ke belum.Alhamdulillah dah n harap-harap la sangat rezeki berpihak pada dia.

ok,sekarang ni nak cerita pasal menaip. shida nak pesanla pada semua bloggers yang follow blog shida ni dan juga sape-sape yang tibe-tibe terbace blog ni..( yang tibe-tibe terbace tu,trus la jadi follower =p ),korang kena hati-hati semasa menaip..

nak dijadikan cerita,satu hari ni,shida jalan-jalan ke blog hadilah sebab dia tanya pasal gengblogger..pegi kat blog tu,tinggalkan la amanat kat chatbox die. tibe-tibe,hadilah cakap,link name shida tak pegi ke blog shida pun. tapi pegi kat laman web 'bible' or something about agama Kristian...hah!!takut sangat dengar.

then,shida pegilah balik ke blog hadilah nak check kenapa jadi macam tu. rupa-rupanya shida salah taip.perbezaan yang sangat sedikit,tapi akhirnya sampai ke tempat yang sangat dahsyat.
sebenarnye kat link shida letak tu,tersalah taip macam ni http://rashidahjuraini.blogpsot.com

perhatikan link tu..cume kesilapan huruf 'p' dan 's' je..tapi bila tekan link tu,anda semua akan terus pergi ke web berkenaan 'bible' tu..menakutkan!!sebab kat link tu,terang-terang nama penuh shida...=( cume hujung tu salah sikit je. kalau ade orang yang tak paham,mesti die ingat shida yang buat web macam tu. Nauzubillah. kesungguhan dan kepercayaan shida hanya pada Allah. agama shida hanyalah Islam. tiada agama yang terbukti benar kecuali Islam (^_^)

ok lah,pesanan shida untuk semua,hati-hati semasa menaip. banyak benda kacil yang kalau kita tersilap,membawa kesan yang sungguh besar.then sekarang,try klik di sini. daftarlah MyLook ni.sangat untung. =) anda semua daftar,dan search la pape macam searcg kat google tu..dan 1 search anda,dapat dividen 22 sen. kalau 100 search da 22ringgit. dividen sebagai tanda sokongan sebab search gune search engine die. daftar percuma je.takpelah kan..tak rugi pape pun..=))

ok,salam.yang baik itu dari Allah,tang buruk kelemahan shida sendiri.

29 March 2010

KES BADRUL MUHAYAT

Assalamualaikum semua..entry di larut malam.hehe..actually tadi terdengar berita pasal badrul muhayat pukul isteri. dan sekarang ni polis tengah cari encik badrul muhayat ni untuk bantu siasatan. kenal tak badrul muhayat?pelakon yang tak berapa nak baru la..lame dah die jadi pelakon..ni haaa muke die..



hensem tak?kira ada rupa paras yang sempurna anugerah Allah Maha Pencipta. tapi sayangnya,kalaulah kes yang disebut-sebut tu benar-benar dilakukan oleh Badrul Muhayat,memang saya cukup terkilan.pernah dengar ayat ini?

'wanita dicipta bukan dari kaki untuk dipijak,bukan juga dari kepala untuk disanjung,tetapi dari rusuk kanan untuk disayangi'

simple dan mudah kan?sayang bukan hanya melalui kata-kata,tapi tingkah laku,tanggungjawab,perasaan dan juga kesedaran diri. kalau pun tiba satu masa seorang suami marah pada isterinya,hendaklah si suami mencari punca dan menyelesaikan dengan berhemah. bukan memukul atau apa jua kekasaran. tak ingat ke susah payah seorang isteri melahirkan anak sebagai hadiah kasih sayang terhadap suami?juga tanda syukur kepada Allah atas kurniaanNya?

sekarang ni,perkara macam ni dianggap biasa. bila suami dah tak suka,dah rasa nak ada isteri lain,isteri yang banyak berkorban dipukul-pukul,dicerca,dihina.mana pergi janji semasa akad nikah?lupa pada semua ilmu masa kursus kahwin?mana pergi sifat bijak dan keadilan sebagai ketua keluarga?Nauzubillah..

insaflah wahai kaum lelaki,terutamanya yang akan bergelar suami dan sudah bergelar suami. memikul tanggungjawab sebagai suami bukan mudah.jadikan semua ilmu sebagai panduan.

golongan artis yang pastinya jadi bualan ramai kerana mereka public figure.ada peminat masing-masing.MAKA,BERFIKIR SEBELUM BERTINDAK!

PENDAFTARAN GENGBLOGGER UNTUK SEMUA

ok..ini adalah entry khas dari saya untuk semua kawan-kawan terutamanya mastura abdul aziz..pemilik blog andai itu takdirnya..btol tak mas??

ok,permulaan untuk daftar gengblogger ni mudah je..anda taip www.gengblogger.com dan anda akan terus dapat tengok laman berbentuk begini.....



nmpk kan?sekarang sila lihat tanda di hujung sebelah kanan..nampak tak lambang ( f Connect ) tu?sila tekan kat situ dan anda akan diminta untuk masukkan akaun FB anda.diingatkan,Gengblogger mesti kene ade akaun FB.

setelah anda masukkan maklumat kaun FB,anda adalah ahli Gengblogger. leh ping blo dan juga bolehla update profail anda.mudah kan??

maka,silalah join sekarang...=)


"AKU & SESUATU"



hai semua..Assalamualaikum..inilah kisah aku dan sesuatu kali kedua. actually dah post da 1 entry untuk contest ni..tapi entah macam mana, entry tu dah hilang. so, saya buatla semula..semangat kan saya untuk join contest ni? (^^)

contest ni dianjurkan oleh pemilik blog ni ===> klik sini

singgah-singgahla blog tu untuk tengok dan beli perfume wangi2 ye..=)

ok,berbalik pada gambar di atas, anda boleh perhatikan seorang gadis bersama sebuah motosikal dan sebuah kereta. itulah KANCIL dan LEGENDA kami. kenapa saya gune kami? sebab kedua-duanya adalah perkongsian saya dan en.Farid. gambar ni diambil pada tahun 2006 kalau tak silap. kami masih tahun 1 lagi di universiti.

bukan mudah untuk berkongsi semua ni. kami masih belajar dan bukan banyak sangat duit. tapi kami berusaha untuk memastikan kehidupan di universiti dan masa akan datang lebih lancar. kenderaan pada masa kini bukan lagi kategori kehendak, tetapi keperluan. sekurang-kurangnya ada motosikal pun takpe. yang penting berkenderaan. tapi kami dah ada dua2. Alhamdulillah.

saya sangat sayang KANCIL dan LEGENDA kami ni. kerana terlalu banyak kenangan bersama kedua-duanya. suka duka percintaan ( cewah,tiba-tiba jiwang pulak..hahaha ). yelah,biasalah alam bercinta..macam-macam dugaan dan halangan. tapi Alhamdulillah masih bertahan. semoga kami dipermudahkan dalam melalui dugaanNya. semoga Allah meredhai perhubungan ini.

tengok!! saya dah cerita benda lain. tapi memang yang pasti,kalau saya tengok gambar ni, saya akan teringat semua kenangan. dan saya rasa sedih kalau satu hari nanti, KANCIL dan LEGENDA ini pergi jauh dari saya. tapi mana tahu akan datang rezeki lebih murah. dapat beli kereta dan motosikal yang lebih selesa. untuk keluargaku nanti. eceh!

itulah saja cerita aku dan sesuatu. tapi ni dah mecam aku dan DUAtu. sebab ade dua benda. KANCIL dan LEGENDA. kan2? boleh terima tak pengadil contest??bolehla..hehe..

semoga mendapat pertimbangan pihak juri. thanks..n salam.

26 March 2010

POPULAR TODAY


hai semua..tadi saya singgah jap kat bloggerunited..tiba-tiba rasa cam terkejut sebab tengok ni==========>>> ( refer gambar di atas,yang warna merah saya bulatkan tu )

haa...tak sangaka la blog saya adalah popular today..dalam bahasa melayu terkenal hari ini. hari ni je la...hehe..so,kawan-kawan,lawatlah selalu blog sya.tak rugi sebab saya memang suke update blog.tak bersawang InsyaAllah.salam...


ISTILAH YG MASIH TAK DIFAHAMI DALAM DUNIA BLOG: SESAPE LEH BAGI DEFINISI???

salam semua...wah...bile Gengblogger tak leh nak masuk,otomatik saya malas nak tulis pape. jadi macam takde mood sangat. kenapa eh jadi macam tu?peliknye saya...hehehe

tapi hari ni,bile tengok da boleh masuk,terus je semangat nak taip. bukan apa,rasa semangat nak kongsi cerita tu ada bile ada gengblogger ni.hahaha..

ok,berbalik pada istilah dunia blog yang saya masih tak dapat nak faham sampai sekarang ni. saya dapat lihat macam-macam istilah. tapi sikit pun saya tak faham. pada sesiapa yang sudi,bagila definisi untuk istilah ni.

here we go...!!

1. Impressions
2. Uniques
3. CTR
4. CPM ( yg ni tak pasti.rasa macam pernah nampak )

ok,tu je..kalau ada tambahan,saya akan update lagi.thanks for all frens in blog world.cewah!!

23 March 2010

CONTEST : Apa Saya Nak Buat Kalau Diberi RM100..

nampak gambar duit ni?berapa ringgit ek tu?haaa..anda semua tak silap ye.memang nilainya rm100. hehehe..

sape yang nak bagi duit ni?nak tau...dielah orangnye...(^_^)

klik la kat muke comel tu..dapatlah tau sape yang nak bagi..cepat klik kalau korang nak jugak duit ni. ayuh2!!hehehe..

cukuplah mengarut cik shida ek.actually Diari Seorang Lelaki yang anjurkan contest ni..n hadiahnye RM100 terus ke akaun anda. chewah!memang sangat memerlukan duit di hujung-hujung sem ni. huk3..

persoalan nye,apa saya nak buat kalau diberi RM100 ni. memandangkan zaman sekarang RM100 ni merupakan nilai yang tidak terlalu besar, bak kata orang,seminit pun dah boleh habis,maka tak banyak la yang dapat dilakukan kan. tapi kalau dapat,Alhamdulillah..daripada tak dapat langsung,lagi la sedih...=(

perkara pertama yang saya nak buat kalau dapat RM100 ni,mestila menyimpannya untuk memastikan saya dapat menjalani kehidupan dengan tenang. bak kata orang,cukup makan la kan.saya akan bajetkan untuk makan sebanyak RM6 sehari,so,seminggu ni jadilah RM42. save la sikit duit yang ade sekarang sebab dapat duit hadiah ni RM100.hehehe

jadi,baki yang ada RM58. dengan baki ni,saya ingat nak beli pencuci muka. kalau semua dapat lihat,dah beberapa kali saya post kan pasal kulit muka berminyak dalam blog saya ni kan. jadi,bile dapat adiah ni,boleh la beli pencuci muka yang disarankan rakan-rakan blogger. untuk sementara, rasa nak cuba cetaphil atau simple. dua pencuci ni,cost dalam RM30-RM40. jadi,kita bajetkan tengah-tengah la iaitu RM35. hebat tak buku kira-kira saya?

tolak sume dua perkara yang saya nak buat ni, tinggal la RM23. emm...nama pun perempuan kan,so bile dah ade baki RM23 ni,rase macam nak beli tudungla. tapi harga tudung saya biasenye RM18. tudung bidang 60 tu. ade sape-sape yang jual murah lagi daripada RM18?kalau ada,komen la kat blog saya ni. saya akan membeli dengan anda. InsyaAllah. sebab memang susah nak cari tudung yang murah sekarang ni. selendang banyak la...kan2??

then sekarang ni dah tinggal RM5 selepas beli tudung. jadi,RM5 ni untuk ape?yeee...topap Celcom RM5..hihihi...bolehla telefon mak ayah saya 5 kali dalam minggu ni. sekali tepon,RM1..so,abesla topap nanti..cukup untuk bekalan seminggu.

sekarang tinggal berapa?dah habis..tengok,sekejap je kan. ni kira-kira untuk seminggu..hai..perbelanjaan sekarang,semakin lama semakin meningkat. kalau dulu,dapat RM100,rasa nak pegi makan angin tiga hari dua malam je..sekarang,tol n minyak je lepaslah dengan RM100. tapi ok lah..hadiah orang nak bagi. seronok sangat-sangat kalau dapat. rezeki orang kate...so,kepada encik Diari Seorang Lelaki, sila-sila lah mengadili entry saya ni. kalau tak dapat tempat kedua,tempat pertama pun takpe..hehehehe...

ok2,daaa....salam untuk semua peserta n penganjur.=))



22 March 2010

AGAIN: sape2 yang boleh membantu,harap bantulah saye =(

sekali lagi memerlukan bantuan tentang kulit muka berminyak. aritu dah tanya pasal produk untuk kulit berminyak kan? n berdasarkan 4 sahaja komen yang diberikan =( , sangat sedih..tak banyak yang boleh membantu dengan hanya 4 komen.

yang hantar pendapat :

syuQ : sarankan lactacyd..thanks sbb sudi beri pendapat anda.
ika : sarankan cetaphil..thanks jgk..
ash : sarankan jumpa beautician kat clinique n try clinique...thanks sgt3

sekali lagi,terima kasih banyak-banyak atas pendapat anda..walaupun tak ramai yang beri pendapat,at least adelah kan..hehehe..

dan keputusan yang telah diambil,saya macam nak try cetaphil..sebab clinique ni mahal sikit..bajet tak cukup..lactacyd pulak mungkin sesuai dgn org lelaki kot..kan syuq kan?so,cetaphil ni boleh take into account kot..doakan lah saya..

jadi sekarang ni,ada pulak yang cakap,luaran je tak membantu,dalaman pon kene jugak..so saya target untuk pemakanan pulak. anyone here tau diet atau pengambilan makanan yang macam mane boleh membantu kurangkan minyak kat muka ni?if ade,sudi-sudilah beritahu..tak kesahla sama ada supplement ataupun pengambilan makanan harian.

ade orang cakap,kurangkan ayam..ye ke?

ok,thanks to those yang komen2 tu..sayanglah korang!

PERATURAN BERCINTA:boleh ikut tak?

okey, hari ni saya nak tunaikan janji mengenai salahkah bercinta tempoh hari. dah baca kan?bercinta tak salah,tapi perlu ada peraturannya. bukan setakat ada je,kena jugak la ikut. apakah peraturan bercinta?sejauh manakah kita mampu melaksanakan peraturan tu?

tak dinafikan bahawa saya juga bercinta. benar,saya juga banyak kelemahannya. banyak silapnya. saya menulis bukan kerana saya ni baik sangat. tidak wahai semua pembaca. saya menulis melalui pembacaan saya. dan saya sangat-sangat berharap saya mampu untuk berubah. berubah ke arah kebaikan. dan saya tak nak la pentingkan diri. jadi saya sebarkan apa yang termampu supaya kita sama-sama dapat memperbaiki diri untuk menjadi Muslim yang benar-benar menjadi khalifah bumi Allah ini. so,scroll down untuk lihat peraturan bercinta.

1. hendaklah cinta itu didasarkan kepada cinta Allah.

ertinya,kita bercinta itu semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah. jadi bukan hanya di mulut saja cakap cinta kita itu kerana Allah. tapi kene praktikal sekali. niat kerana Allah ni boleh dikatakan sebagai bercinta dengan iringan niat untuk bernikah secara sah kerana pernikahan itu lebih memudahkan lelaki dan perempuan menyempurnakan agama.

bukan bercinta untuk suka-suka. bukan mengisi masa lapang. dan juga bukan nak ada seseorang yang boleh diajak keluar sama-sama,manja-manja atau apa-apa je lah. bukan2! bercintalah dengan iringan niat bernikah. berusaha untuk menjadikan pernikahan itu realiti. berdoalah jika dia itu benar-benar jodoh kamu, semoga Allah permudahkan dia menjadi muhrim kamu.

2. pastikan semasa menjalin hubungan cinta tiada hukum Allah dilanggar.

ertinya,tiada pergaulan bebas,berdua-duaan di tempat sunyi,tiada pendedahan aurat dan yang penting,tiada meninggalkan perkara asas seperti solat,puasa dan lain-lain.

jadi,kalau terlalu leka bercinta sampai solat pun tinggal,tak kenela kan gayenye.yakinlah bahawa tiada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan. jika sebelum bernikah kamu sudah tersilap langkah,tidak mustahil selepas bernikah kamu menerima padah. so,fikirkanlah wahai sahabat. pilih lah jalan yang benar-benar diredhai Allah.

so,saya dan sahabat semua..boleh ikut tak??InsyaAllah...marilah kita sama2 berusaha dengan niat mendapat keredhaanNya. Amin..

yg baik itu dari Allah,yg buruk adalah kelemahan saya.

21 March 2010

17,303 anak luar nikah didaftar 2009

hehehe..inilah akibat bangun di awal pagi dan takde mood nak buat esaimen lagi. jelajah sekejap kat mana-mana web yang rase cam menarik,tengok-tengok ade kawan kat FB postkan pasal ni.

17,303 anak luar nikah di daftar pada tahun 2009. MasyaAllah..ini bukan sikit ye kawan-kawan. ini lebih daripada yang dijangkakan. menurut Datuk Alwi Ibrahim, jumlah ni menigkat dari tahun 2007 hingga 2009. MENINGKAT!!! bkan menurun...aduhai anak bangsa...apa yang berlaku ni sebenarnya...

dan yang lebih memalukan, anak luar nikah ataupun yang tidak didaftarkan ni bilangan kedua terbanyak adalah dari Melayu/Islam. yang first,kaum-kaum lain. kita Melayu ni tempat kedua,diikuti India dan Cina. Malunya....korang tak malu ke?

agama kita yang suci,murni..yang sama-sama kita perjuangkan,tapi kita juga sama-sama gabung tenaga memalukannya. tolonglah wahai semua Muslimin Muslimat..jagalah kesucian agama Islam dengan sikap,sifat dan contoh yang baik.

17,303 ni bilangannya tak termasuk lagi dengan kes buang bayi yang didaftarkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat. belum masuk yang tidak didaftarkan lagi. sedihnya bila baca semua ni.

anak itu anugerah Allah..tapi kita umat Islam kenalah sama-sama memahami apa yang Allah suruh dan tegah. inilah akibat bercinta dengan melanggar peraturan cinta.sebut pasal peraturan cinta,saya belum update lagi peraturan-peraturan cinta tu kan.esoklah..InsyaAllah...kalu tak esok,dalam minggu ni.

ok,sama-sama mengambil pedoman dari bilangan anak luar nikah. jangan sampai kita salah seorang yang menyumbang. NauzuBillah.....

~Pernikahan Zizan Nin: mahu ramai anak~

Selepas Solat Isyak malam tadi, seorang lagi artis Malaysia telah selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz. siapa lagi kalau bukan Zizan Nin, pelakon lelaki yang selalu anda lihat di TV3 setiap hari khamis menerusi Penunggu Gunung Raya. Zizan, 36 dan Fazilah Hani Harun atau lebih dikenali sebagai Hani, 30 yang juga merupakan wartawan penyiaran dan penyampai berita Bahasa Malaysia Edisi 7 di NTV7 dinikahkan di hadapan Pendaftar Perkahwinan Jabatan Agama Islam, Wilayah Persekutuan, Abdullah Hashim.

“Hani berperwatakan tenang dan sentiasa sederhana dalam apa jua keadaan. Saya juga bertuah kerana Hani cukup memahami kerjaya seni diceburi dan sentiasa menyokong saya,” kata Zizan apabila dia ditanya soal mengapa memilih Hani sebagai teman hidupnya.

Zizan berkata, selepas seminggu bernikah, dia dan Hani akan menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah bersama keluarga mentua pada 31 Mac ini. Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 18 Disember lalu di kediaman keluarga Hani di Ampang Jaya, dekat sini, dengan dihadiri ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak. Manakala majlis resepsinya yang berkonsep perkahwinan dalam taman pula akan berlangsung jam 8 malam ini di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak di sini.

Zizan juga sempat menyatakan perasaan bersyukurnya dan keinginan untuk mendapat ramai anak kerana mereka sangat suka dengan kanak.

Tahniah diucapkan kepada Zizan dan Hani. Semoga rumahtangga mereka kekal hingga ke akhir hayat.

20 March 2010

~Aston Villa VS Wolves~

ada sesiapa yang tak sempat tengok BPL tadi?haa..saya sempat tengok Aston Villa lawan Wolves je. nak tunggu Arsenal lawan,tak sesuai. malam sangat kul 1 pagi. almaklumla,kat hostel takde astro. nak pegi tengok bola kene keluar. tak manis pulak orang ramai tengok perempuan keluar malam-malam kan.

ok,perlawanan yang saya rasa agak tertekan jugak. almaklumla,separuh masa pertama, Wolves mendahului dengan 2-1. Aston Villa nampak tertekan jugak lepas habis separuh masa pertama. gol Aston Villa hasil jaringan Carew. saya tak minat sangat Aston Villa. hehehe...sori kepada penyokong mereka.

disebabkan kurang minat Aston Villa,saya pun mula memberi tumpuan pada pemain Wolves jersi no 23. sape?hehe...Zubar. kenal tak? best jugak die main. walaupun dia dapat kad kuning,saya tetap rasa dia tak salah.hahaha...

keseluruhan permainan,saya rasa Wolves tak kurang hebatnya. yelah,boleh mendahului Aston Villa yang sekarang ni berada di tangga ke7. namun,pada minit ke-82, Carew sekali lagi menyumbat bola ke dalam jaring. hahaha..jadilah seri 2-2. barulah lega sikit manager Aston Villa tu. antara pemain yang boleh dipuji jugak la selain Carew,Milner n Downing. okla permainan mereka. tak mengecewakan. tapi saya rasa tak suka dengan permainan petrov. nampak agak kasar. tapi ok lah,masing-masing profesional.

untuk Wolves,tahniah. walaupun seri,tetap hebat!

ok,nantikan perlawanan Chelsea pulak. =))

ini hanya pendapat saya setelah tengok perlawanan tadi. jangan marah-marah eh kalau ade yang tak suka.

~muka berminyak:can anybody give me some tips?~

pernah tak anda semua beli sebarang pencuci muka,krim muka,pelembap atau apa sahaja?saya selalu..=)
saya memang suka mencuba pelbagai jenis 'skincare'. mungkin tu yang buat kulit muka saya tak sebaik yang diharapkan. kadang-kadang nampak gelap,kusam. dan yang paling sedih,jerawat akan mula muncul.

kalau anda perasan, kesemua jenis 'skincare' mesti ada target diorang. untuk kulit kering, kulit biasa dan kulit berminyak. saya mesti pilih jenis berminyak. sebab kulit muka saya memang sangat-sangat berminyak. tak sampai seminit lepas cuci muka,muka terus berminyak.

macam-macam saya da cuba. bedak sejuk,tia amelia,olay,garnier,neutrogena. semua. tapi tak menjadi. mungkin bukan rezeki.jadi kat sini,saya nak tau sape-sape yang ada petua-petua untuk kurangkan masalah kulit berminyak. maybe pemakanan ke..if pemakanan,nak makan ape?nak kurangkan ape?

mungkin juga ade yang boleh suggest produk lain ke. yang saya tak pernah guna ke kan..tolonglaj saya...=))

sangat-sangat perlukan tips dari anda semua. mungkin dalam banyak-banyak tips yang diberikan,tips anda yang saya pilih?emm...kalau jadi,boleh la bagi adiah ke kan..hehehe,,,InsyaAllah...

ok semua. terima kasih sangat-sangat.

19 March 2010

~NIKE pilihan hatiku~

ni Mercurial jugak. tapi tempat tali tu ada tutup die. nampak sangat kemas dan mahal.hehehehe..


ini NIKE Saphire. warna die saya minat sangat. tapi design ni cam biasa je. comel jugak.



yang ni nama dia NIKE Total 90 Laser. cantik jugak. saya minat yang warna biru putih.

yang ni macam dalam post saya yang lepas,klik sini if belum baca. cuma tukar lambang NIKE tu kepada warna pink.

ni mercurial macam Arshavin pakai.

ok,ade sape-sape minat?boleh la ke Al-Ikhsan. ni promote secara peribadi je. bukan tajaan sape-sape. sebab saya suke tengok barang-barang kat sana.nampak exclusive gitu.=))


~NIKE~

Hari Selasa yang lepas,dalam pukul 3 petang,saya dan 3 orang lelaki yang mana salah seorangnye ialah en.Farid telah pergi ke Al-Ikhsan. untuk ape lagi kalu pegi kat Al-Ikhsan ni??tentunye untuk 'survey' but bola,kasut futsal, jersi dan lain-lain. tapi fokus utama kami pada hari tu ialah but bola. almaklumlah,sekarang ni kan tengah Liga KPT..tentunya but2 bola sangat diperlukan. bile but sedap,main pun bagus la kan..ye dak??

target utama yang selalu jadi perhatian mesti NIKE. kenapa?saya pun tak paham. sebab lambang cam tanda rite cikgu2 ke?oh,nak tau lambang die??camni....



nampak macam cantik kan?sebab tu agaknya NIKE selalu mendapat perhatian. dan yang paling hot sekarang ni ialah keluaran Mercurial. walaupun design die juz ade lambang NIKE ni je,tapi ramai pemain-pemain yang memilih Mercurial sebagai but bola mereka. ada pelbagai warna dan yang terbaru ialah gabungan hitam dan putih manakala logo NIKE ni berwarna pink. mamang cantik!

harga bagi but bola ni ade banyak range. kadang-kadang tengok but tu design die sama je,tapi harga berbeza. ade yang RM2++,RM3++ dan ada yang sampai RM7++.fuh!!memang mahal..tapi bagi pemain bola,pastinya mereka mahukan yang terbaik dan puas hati.

perbezaan harga ni bergantung pada but tu sendiri.bukan takde beza tau..walaupun design same,kadang-kadang perhatikan tapak but tu,yang mahal sebab tapak tu kaca. ada banyak lagi beza. so,jangan pilih but sehari je. survey sampai puas hati. amek masa dan buat keputusan.

sila klik sini untuk tengok gambar-gambar but yang menjadi pilihan saya ok.

~aurat: sukarkah menjaganya?~

pernah pegi mana-mana shoping kompleks?mesti pernah..kan2?seronok jalan-jalan...tengok-tengok barang...tapi yang tak seronoknya bila tengok pengunjung-pengunjung yang datang kat sana...

susah sekarang ni nak bezakan yang mane Muslim,yang mane bukan..kadang-kadang nampak macam serupa je..pakaian non-Muslim pakai,orang Muslim pun pakai yang sama.aduhai manusia...susahkah menjaga aurat?

bagi yang Muslim,kita tahu aurat lelaki dan perempuan tidak sama.jadi jangan lah yang perempuan nak berpakaian serupa lelaki.

aurat lelaki : dari pusat hingga ke lutut. bukan pusat 'DAN' lutut ye..hehe..
aurat perempuan : seluruh anggota kecuali muka dan pergelangan tangan. seluruh anggota!

cuba lihat pada aurat lelaki..mudah bukan nak tutup. bukan mempermudahkan hukum yang Allah da tetapkan,tapi sememangnya Islam itu tidak membebankan. tapi sedihnya...kaum lelaki ni sangat mudah untuk mereka menutup aurat. tapi cuba lihat yang berseluar pendeknye,sampai atas lutut. hai cik abang,belila seluar pendek yang labuh sikit untuk tutup lutut kamu-kamu tu..saya suka tengok perlwanan bola sepak.sejuk mata memandang kalau tengok pemain-pemain yang sopan memakai 'tight' panjang sebelum menyarung seluar pendek tu bagi memastikan aurat mereka terjaga. kan cantik macam tu. Islam itu indah. tapi kalau tengok yang 'slumber' je main dengan seluar yang pendek sangat tu..aduhai...sedih..jadi,kaum Adam,berhati-hatilah...kelebihan yang Allah beri pada kalian tu harus dimanfaatkan. kamu semua adalah ketua keluarga,pembimbing yang sepatutnya menjadi contoh. mulakanlah dengan diri kamu ye.

bagi yang perempuan,bukan lah Islam itu membebankan dengan meletakkan aurat kamu pada seluruh anggota kecuali pergelangan tangan dan muka. tapi semua itu untuk kebaikan. membantu kaum Adam mengurangkan gelora nafsu mereka. kalau kamu tidak menutup aurat,kesian kat orang lelaki ni. memang susah untuk diorang kawal nafsu tu. maka nanti,banyak la kejadian-kejadian yang tak di ingini. jadi,tutuplah aurat kamu sebaik-baiknya. bertudung sopan,berpakaian longgar..jangan pakai yang ketat-ketat,jarang-jarang...pastikan pakaian kamu tu tak menampakkan bentuk tubuh.itu yang utama. satu perkara yang dipandang remeh ialah stokin kaki. cuba tengok balik aurat seorang muslimah : seluruh anggota badan kecuali muka dan pergelangan tangan. ada tak die sebut kecuali kaki? takde kan..jadi pakailah stokin kaki. bukan susah sebenarnye. senang je. selesa lagi bila kamu berstokin kaki. takla melecet bila pakai kasut.bolehkan sahabat2 semua??

harapan saya,semoga sedikit pengetahuan yang saya beri ni membantu saya dan semua kawan-kawan blog saya ni. saya juga ada kelemahan dalam soal ni. mari sama-sama kita saling mengingati.

yang baik dari Allah,yang buruk adalah kelemahan saya..

18 March 2010

~salahkah bercinta~

ada siapa-siapa yang pernah bercinta?sedang bercinta?akan bercinta?
macam mana rasa cinta itu?seronok,sedih,bahagia,derita?
pernah dengar kan lagu 'fabulous cat' yang katanya derita merindui?yakinkah kita bahawa kita sanggup menderita untuk rindukan seseorang?tanyalah hati anda masing-masing.

sekarang ni kita akan sentiasa dengar perkaitan remaja dan cinta. sampaikan ibu bapa pun dah sporting dengan anak-anak. memang ibu bapa patut tau dengan siapa anak-anak mereka berkawan,bercinta. supaya dapat ditinjau dan juga dijaga anak-anak mereka terutamanya anak-anak perempuan. nafsu remaja,makin dilarang,makin ingin dilakukan. begitu juga dengan cinta,makin ibu bapa larang,makin menjadi-jadi.

soalnya,salahkah bercinta?salah tak?sape kate salah?sape kate tak salah?jawapannye,bercinta itu tidak salah. cinta itu fitrah. cinta adalah hadiah dari Allah. kenapa perlu kita salahkan hadiah itu. tapi,hadiah ini bukanlah boleh diterima secara polos sahaja. hadiah cinta ini ada peraturannya. peraturan yang menjadikan cinta ini suci,harum,mekar dan diredhai oleh Allah S.W.T.

apakah peraturannye?tunggu jawapan pada episod akan datang.untuk kali ni,saya cuma nak bincang soal salahkah bercinta ini.cewah..macam terror sangat bab cinta. tapi ini hasil bacaan saya dan juga pengalaman.

bercinta memang kadang-kadang sangat menyeronokkan. anagau orang kata. tapi orang yang sedang bercinta tidak boleh dibawa berbincang. kerana dia hanya fikirkan yang dicintainya. begitu juga orang lapar dan sakit. mereka hanya fikirkan hal makanan dan ubat. jadi,jangan marah kalau anda tidak mendapat kerjasama baik dari orang yang sedang bercinta.hehehe...

mesti ade yang marah dengan kenyataan saya bahawa bercinta tidak salah. namun,ini hasil pembacaan saya. perlu diingatkan,bercinta bukan bermaksud bercouple,berdua-duaan,berpimpin tangan. bukan!

bercinta adalah satu perasaan mencintai,menyayangi,mengasihi. hanya mereka yang bercinta sahaja faham perasaan ini. jadi,sesiapa yang sedang bercinta,teruskanlah dengan cinta anda.tapi patuhi peraturannya.ikuti peraturan pada entry akan datang.

yang baik dari Allah..yang buruk adalah kerana kelemahan saya..salam!


~come to my house~

salam semua.
sudi-sudilah untuk ke rumah saya ini selalu. terdapat beberapa halaman yang mungkin dapat membantu anda semua.

halaman tentang cinta memaparkan beberapa adab serta bagaimana bercinta untuk muda mudi zaman sekarang. mungkin tidak selengkap yang diinginkan kerana saya juga masih dalam proses bercinta. =) jadi,sama-samalah kita mengambil iktibar. pendapat anda semua amat saya harapkan.

tentang agama pula memaparkan perkara-perkara berkaitan hukum dan juga amalang yang boleh dilakukan dalam kehidupan harian kita. mungkin bukan lengkap,tapi InsyaAllah,mampu membantu menjalani kehidupan dengan lebih teratur.

tentang aku,hanyalah kisah aku iaitu saya sebagai pemilik atau tuan rumah. segala rase,segala pengalaman akan saya catat di halaman ini untuk anda semua.

saya akan memberitahu dan juga memaparkan setiap entry yang saya tulis di sini supaya mudah untuk semua pengunjung saya.

yang baik itu dari Allah...yang buruk itu kelemahan saya.

doakan kami....

Lilypie Maternity tickers
 
 

Designed By Blogs Gone Wild!