Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

05 March 2011

SMM

Ok! Cikgu Shida merupakan guru tingkatan, jadi mestila terlibat dengan SMM. ape tu SMM?
singkatan untuk Sistem Maklumat Murid. tegok, betapa sayangnya guru-guru pada anak murid. semua mengenai murid cikgu nak amek tau. haha! takdelah...sebenarnye benda ni wajib diselesaikan supaya pihak sekolah tahu berkenaan latar belakang murid yang mendaftar di sekolah.

Mula-mula memang susah nak faham SMM ni. tak tau ape sebenanye yang kena buat. masa diberikan installer untuk SMM ni, saya pun amek je la sebab diberi arahan bahawa guru tingkatan kena amek. ok! dah amek. lepas tu try install..asyik2 tak leh. fedap!! biarkan je software tu terperuk seminggu sebab tak paham nak buat ape.

then, ade mase lapang hari khamis aritu sebab waktu tu sekolah mula pukul 1030 tapi balik 430 according to Majlis Maulidur Rasul. tanya la kak nurul,eh,korang kenal ke?haha..buat2 la kenal..saya takde gambo kak nurul la nak letak..hihi.. kak nurul pun terangkan la satu persatu. oh..senang je..key in je data. tapi nak key in tu lemah tu...banyak betul murid sekelas..fuh!!!

papepun,kena siapkan minggu ni jugak. nanti nak kena bagi kat guru SMM. wish me luck ye!

03 March 2011

Engagement Day..


Saje je nak upload gambo..hehe...dah ade watermark sendiri..best jgk ek..hihi..nah tengok saya time bertunang..biase2 je..=)

27 February 2011

Jurugambar


Seriesly...memang susah nak decide pasal jurugambar. yelah,bukan ape,kita kalau boleh nak cut cost benda2 yang tak perlu..tapi jurugambar ni perlu. ceah!

Rata-rata bila tanya berapa untuk pakej jurugambar,mest dekat2 nak seribu. Fuh!!! biar betul sampai beribu cuma untuk bergambar..kalau pakai kamera sendiri n cuci sendiri je murah. Tapi kena fikir jugak..jurugambar bukan hanya amek gambar. diorang kena edit lagi, kne print n jadikan ianya memori untuk kite. eh,bekap nampak..haha...bukan mcm tu..sebenarnye kalau dikira balik, jurugambar ni memang layak dapat upah sebanyak yang diminta. kreativiti mereka tu penting.

Haritu saya memang berminat dengan pakej ajid carmine! beliau adalah boypren kawan saya. memang cantik2 kalau dia amek gambar. tapi hajat saya tak sampai sebab mak saya dah pilih jurugambar lain. almaklumlah,saya sebagai anak,kena ikut je la pilihan maka saya. biarlah untuk kali ni mak saya puas hati dan gembira. sebbnye,saya bukan anak baik..selalu je bantah cakap mak..heheh...kali ni ikut je la.

ok,berbalik pada jurugambar..ajid carmine ni freelancer. jadi jurugambar sebab minat. kerja kalau minat,memang hasilnya baik. so, sape2 yang nak cari jurugambar untuk ape2 event,boleh contact die. sy rekomen! memang bagus!

bagi yang nak tengok hasil keje die,boleh tgk kat fotopages die. sila2..

so,bagi sesape yang masih rasa jurugambar tak layak dapat bayaran mahal,itu tanda anda telah silap.huhuhu....

Checklist

Oh. saje2 nak update checklist..mane tau blogger2 lain ade penambahan. kadang2 kte takleh nak pk dah ape yang kurang. Ok,short updet je..nak tulis ape2 yang perlu untuk majlis kang. haha..yang saya da potong tu mean da settle la. tapi ade ke yang da settle??haha

nah,sila tengok!

Checklist untuk majlis

1. Doorgift untuk jemputan mak
2. Doorgift jemputan ayah
3. Doorgift orang marhaban
4. Doorgift orang kendarat
5. Doorgift sedara mare
6. Doorgift sebelah Farid
7. Kad kahwin
8. Karaoke n DJ
9. Jurugambar
10. Mak andam,pelamin,baju
11. Surat nikah- yang ni tgh tunggu orang sane pny..
12. HIV test
13. Kek kahwin
14. Hantaran
15. Makanan kenduri
16. Sirih junjung
17. Bunga pahar
18. Bunga manggar
19. Khemah
20. Kompang
21. Katil

ape lagi eh..huwaaa...tak tau..sume benda tak buat lagi...adeh! tukala,yang tulisan warna hijau tu dah buat..haha...malas nak potong2 pulak rase.

24 February 2011

Serah Menyerah

Whoaaa...da nak masuk bulan 3..sekejap je rase da nak cui sekolah. Untuk bulan Februari aritu,saya mendapat tugas baru iaitu guru kelas 1G. Takde masalah. Saya sukakan kelas saya dan sepanjang bulan 2, pada saya its ok! Takdela susah sangat atau terlalu banyak sangat kerenah.

Tapi yang saya pening ialah hal serah menyerah ni, Ok,sebelum ni guru lain yang pegang kelas ni. Bila saya settlekan hal kelas sepanjang saya pegang bulan ni, pihak pejabat tanye berkenaan hal masa januari. ade yang silap dan perlu dibetulkan. jadi,saya macam tak berapa faham. nak kena tanya n cari cikgu yang pegang kelas tu sebelum ni. Yang paling leceh, bila membabitkan pelajar,nak kena ulang tanya pada pelajar pulak. fuh!!! memang leceh.

dan buat masa ni,saya sayang 1G kecuali seorang pelajar yang buat saya rase meluat. tak tau kenapa.mungkin sebab die terlalu banyak alasan! ishhhhhh.....kenapa kamu ni ye...ade penjelasan tsk???

18 February 2011

Chelsea dan peminat perempuannya

Ok..nak cerita sikit pasal Chelsea..hehe..minat team Chelsea sebab team ni taklah terlalu canangkan kehebatan diorang..tapi taklah lemah je..sedang2 orang kate..

Setiap kali game,Chelsea nampak tenang..terutama Lampard..nampak best je die main..bawak bola n passing bola cantik je..100% menarik game die..

tapi sekarang ade Torres..agak2 peminat perempuan Torres akan pindah minat ke Chelsea x?hahaha...

kalau saya,yeeee...sebab kadang2 bukan minat team sangat..tapi lebih kepada pemain..mcm dalm Chelsea,tak berapa suka cara permainan Anelka..tapi still minat Chelsea sebab ade Lampard..

team UKM pun saya minat...Al-Ikhlas??lagi minat...xtau team Al-Ikhlas tu team ape?haaa...team En.Farid..hihi..

12 January 2011

< Danga City Mall >

Oh! sungguh tak sangka,da bole drive sampai bandaraya JB..hehe =)
Tahniah untuk saya!

Sebenarnya,adik yang last,Diba tu sekolah STF..Sek Tun Fatimah..hari Selasa tu Johor cuti..dia ada latihan boling pulak..telefon mak n bagitau suh datang tengok dia..

mula-mula kat angsana,lepas tu dia call balik kata Danga City Mall pulak..sudah! mana dia tempat tu..ceq mana tau..haha

pusing punya pusing,ke Danga Bay tu sampainye..aik?takde pun bangunan tulis Danga City Mall..pusing lagi..tanya orang sana sini..dekat sejam,jumpa pun...mujur smpat jumpa Diba..kalu da abes latihan dia,rugi je datang jauh2..

nak balik,senang je..u-turn,trus je............sampai Kulai!

haha...tu la cerita saya di hari Selasa...cuti keja!

seronok ke sesat???seronok jgk sket!haha

doakan kami....

Lilypie Maternity tickers
 
 

Designed By Blogs Gone Wild!