Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

19 March 2010

~aurat: sukarkah menjaganya?~

pernah pegi mana-mana shoping kompleks?mesti pernah..kan2?seronok jalan-jalan...tengok-tengok barang...tapi yang tak seronoknya bila tengok pengunjung-pengunjung yang datang kat sana...

susah sekarang ni nak bezakan yang mane Muslim,yang mane bukan..kadang-kadang nampak macam serupa je..pakaian non-Muslim pakai,orang Muslim pun pakai yang sama.aduhai manusia...susahkah menjaga aurat?

bagi yang Muslim,kita tahu aurat lelaki dan perempuan tidak sama.jadi jangan lah yang perempuan nak berpakaian serupa lelaki.

aurat lelaki : dari pusat hingga ke lutut. bukan pusat 'DAN' lutut ye..hehe..
aurat perempuan : seluruh anggota kecuali muka dan pergelangan tangan. seluruh anggota!

cuba lihat pada aurat lelaki..mudah bukan nak tutup. bukan mempermudahkan hukum yang Allah da tetapkan,tapi sememangnya Islam itu tidak membebankan. tapi sedihnya...kaum lelaki ni sangat mudah untuk mereka menutup aurat. tapi cuba lihat yang berseluar pendeknye,sampai atas lutut. hai cik abang,belila seluar pendek yang labuh sikit untuk tutup lutut kamu-kamu tu..saya suka tengok perlwanan bola sepak.sejuk mata memandang kalau tengok pemain-pemain yang sopan memakai 'tight' panjang sebelum menyarung seluar pendek tu bagi memastikan aurat mereka terjaga. kan cantik macam tu. Islam itu indah. tapi kalau tengok yang 'slumber' je main dengan seluar yang pendek sangat tu..aduhai...sedih..jadi,kaum Adam,berhati-hatilah...kelebihan yang Allah beri pada kalian tu harus dimanfaatkan. kamu semua adalah ketua keluarga,pembimbing yang sepatutnya menjadi contoh. mulakanlah dengan diri kamu ye.

bagi yang perempuan,bukan lah Islam itu membebankan dengan meletakkan aurat kamu pada seluruh anggota kecuali pergelangan tangan dan muka. tapi semua itu untuk kebaikan. membantu kaum Adam mengurangkan gelora nafsu mereka. kalau kamu tidak menutup aurat,kesian kat orang lelaki ni. memang susah untuk diorang kawal nafsu tu. maka nanti,banyak la kejadian-kejadian yang tak di ingini. jadi,tutuplah aurat kamu sebaik-baiknya. bertudung sopan,berpakaian longgar..jangan pakai yang ketat-ketat,jarang-jarang...pastikan pakaian kamu tu tak menampakkan bentuk tubuh.itu yang utama. satu perkara yang dipandang remeh ialah stokin kaki. cuba tengok balik aurat seorang muslimah : seluruh anggota badan kecuali muka dan pergelangan tangan. ada tak die sebut kecuali kaki? takde kan..jadi pakailah stokin kaki. bukan susah sebenarnye. senang je. selesa lagi bila kamu berstokin kaki. takla melecet bila pakai kasut.bolehkan sahabat2 semua??

harapan saya,semoga sedikit pengetahuan yang saya beri ni membantu saya dan semua kawan-kawan blog saya ni. saya juga ada kelemahan dalam soal ni. mari sama-sama kita saling mengingati.

yang baik dari Allah,yang buruk adalah kelemahan saya..

2 comments:

PiDoT_OtAi said...

tak susah, cuma tak senang.. hehe.. dah biasa.. so apa pendekatan untuk wat perubahan ni??

Cikgu Shida said...

tggu my next post ya! its ok selagi masih mahu berubah..=))

doakan kami....

Lilypie Maternity tickers
 
 

Designed By Blogs Gone Wild!