Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

21 March 2010

~Pernikahan Zizan Nin: mahu ramai anak~

Selepas Solat Isyak malam tadi, seorang lagi artis Malaysia telah selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz. siapa lagi kalau bukan Zizan Nin, pelakon lelaki yang selalu anda lihat di TV3 setiap hari khamis menerusi Penunggu Gunung Raya. Zizan, 36 dan Fazilah Hani Harun atau lebih dikenali sebagai Hani, 30 yang juga merupakan wartawan penyiaran dan penyampai berita Bahasa Malaysia Edisi 7 di NTV7 dinikahkan di hadapan Pendaftar Perkahwinan Jabatan Agama Islam, Wilayah Persekutuan, Abdullah Hashim.

“Hani berperwatakan tenang dan sentiasa sederhana dalam apa jua keadaan. Saya juga bertuah kerana Hani cukup memahami kerjaya seni diceburi dan sentiasa menyokong saya,” kata Zizan apabila dia ditanya soal mengapa memilih Hani sebagai teman hidupnya.

Zizan berkata, selepas seminggu bernikah, dia dan Hani akan menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah bersama keluarga mentua pada 31 Mac ini. Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 18 Disember lalu di kediaman keluarga Hani di Ampang Jaya, dekat sini, dengan dihadiri ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak. Manakala majlis resepsinya yang berkonsep perkahwinan dalam taman pula akan berlangsung jam 8 malam ini di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak di sini.

Zizan juga sempat menyatakan perasaan bersyukurnya dan keinginan untuk mendapat ramai anak kerana mereka sangat suka dengan kanak.

Tahniah diucapkan kepada Zizan dan Hani. Semoga rumahtangga mereka kekal hingga ke akhir hayat.

No comments:

doakan kami....

Lilypie Maternity tickers
 
 

Designed By Blogs Gone Wild!