Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

22 March 2010

PERATURAN BERCINTA:boleh ikut tak?

okey, hari ni saya nak tunaikan janji mengenai salahkah bercinta tempoh hari. dah baca kan?bercinta tak salah,tapi perlu ada peraturannya. bukan setakat ada je,kena jugak la ikut. apakah peraturan bercinta?sejauh manakah kita mampu melaksanakan peraturan tu?

tak dinafikan bahawa saya juga bercinta. benar,saya juga banyak kelemahannya. banyak silapnya. saya menulis bukan kerana saya ni baik sangat. tidak wahai semua pembaca. saya menulis melalui pembacaan saya. dan saya sangat-sangat berharap saya mampu untuk berubah. berubah ke arah kebaikan. dan saya tak nak la pentingkan diri. jadi saya sebarkan apa yang termampu supaya kita sama-sama dapat memperbaiki diri untuk menjadi Muslim yang benar-benar menjadi khalifah bumi Allah ini. so,scroll down untuk lihat peraturan bercinta.

1. hendaklah cinta itu didasarkan kepada cinta Allah.

ertinya,kita bercinta itu semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah. jadi bukan hanya di mulut saja cakap cinta kita itu kerana Allah. tapi kene praktikal sekali. niat kerana Allah ni boleh dikatakan sebagai bercinta dengan iringan niat untuk bernikah secara sah kerana pernikahan itu lebih memudahkan lelaki dan perempuan menyempurnakan agama.

bukan bercinta untuk suka-suka. bukan mengisi masa lapang. dan juga bukan nak ada seseorang yang boleh diajak keluar sama-sama,manja-manja atau apa-apa je lah. bukan2! bercintalah dengan iringan niat bernikah. berusaha untuk menjadikan pernikahan itu realiti. berdoalah jika dia itu benar-benar jodoh kamu, semoga Allah permudahkan dia menjadi muhrim kamu.

2. pastikan semasa menjalin hubungan cinta tiada hukum Allah dilanggar.

ertinya,tiada pergaulan bebas,berdua-duaan di tempat sunyi,tiada pendedahan aurat dan yang penting,tiada meninggalkan perkara asas seperti solat,puasa dan lain-lain.

jadi,kalau terlalu leka bercinta sampai solat pun tinggal,tak kenela kan gayenye.yakinlah bahawa tiada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan. jika sebelum bernikah kamu sudah tersilap langkah,tidak mustahil selepas bernikah kamu menerima padah. so,fikirkanlah wahai sahabat. pilih lah jalan yang benar-benar diredhai Allah.

so,saya dan sahabat semua..boleh ikut tak??InsyaAllah...marilah kita sama2 berusaha dengan niat mendapat keredhaanNya. Amin..

yg baik itu dari Allah,yg buruk adalah kelemahan saya.

1 comment:

Unknown said...

btul 2...
bru la bahgia smpai ble2...

doakan kami....

Lilypie Maternity tickers
 
 

Designed By Blogs Gone Wild!